1. Sumber syafaat di hari akhirat
Sabda Rasulullah: "Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya"
2. Sebaik-baik amalan
Osman b Affan meriwayatkan "Sebaik-baik manusia diantara kamu yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain."
3. Diberi kemuliaan dan diberi ganjaran dua pahala bagi yang tidak mahir
Rasulullah bersabda"Orang (mukmin) yang mahir membaca Al Quran , maka kedudukannya diakhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Al Quran sedangkan ia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia berhak mendapat dua pahala".
4. Keharuman jiwa
Rasulullah menyatakan"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al- Quran adalah seperti bunga utrujjah,(ada mengatakan seperti epal,dan lemon) baunya harum dan lazat rasanya, orang Mukmin yang tak suka membaca Al Quran adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum tapi manis rasanya, orang munafik yang membaca Al Quran ibarat buah raihanah iaitu buah berbau harum tetapi pahit rasanya, dan orang munafik yang tidak membaca Al Quran tidak ubah seperti buah hanzalah (peria) tidak berbau dan pahit sekali rasanya
5. Memberikan ketenangan
Al Bara' b Azib meriwayatkan"Seorang lelaki sedang membaca surah al-kahfi dan bersamanya seekor kuda yang terikat dengan tali yang panjang. Tiba-tiba kepulan awan datang menutupi kuda dan berputar di sekitar kudanya, keadaan ini membuatkan kudanya lari. Apabila tiba waktu pagi beliau datang menemui Nabi lalu baginda bersabda :Itulah ketenangan yang diturunkan bersama Al Quran".
6. Setiap satu huruf bacaan akan dikurniakan pahala
Rasulullah bersabda"Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al Quran) maka baginya satu kebaikan itu dilipatgandakan dengan 10 (pahala). Aku tidak mengatakan" Alif Laam Mim" adalah satu huruf,akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu dan Mim satu huruf."
7. Memberi cahaya di dalam rumah
Rasulullah bersabda"Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumahtangga mu dengan sembahyang dan dengan membaca Al Quran."
Jom sama-samalah kita membacanya disekolah, dirumah dan dimana-mana tempat, janjinya baca Al Quran.....peringatan ini khusus untuk diri sendiri,keluarga, rakan taulan dan bakal generasi yang dikasihi para pelajar.Amin.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan