Dari Abu Hurairah r.a,
katanya, Rasululluh saw telah bersabda :
" Allah azzawajjalla
berfirman :"Setiap amal anak adam teruntuk baginya kecuali puasa, puasa
itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai.
Apabila kamu puasa, janganlah kamu rosak puasamu dengan segama, dan jangan
menghina orang. Apabila kamu dihina atau dipukul orang. Katakanlah
"aku puasa ". Demi Allah yang jiwa muhammad di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui tuhannya ( meninggal ) dia gembira dengan puasanya " ( Sahih Muslim 1117 )
"aku puasa ". Demi Allah yang jiwa muhammad di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui tuhannya ( meninggal ) dia gembira dengan puasanya " ( Sahih Muslim 1117 )
Di hadis yang lain'
Dari Abu Hurairah r.a,
katanya , Rasulullah saw bersabbda:
"Setiap amal anak adam
dilipatgandakan pahalanya. Satu macam kebaikkan diberi pahala sepuluh sampai
tujuh ratus kali ( gandaan ). Allah azzawajalla berfirman " Selain puasa
kerana puasa itu untukkku. Aku akan beri pahala bagi orang yang puasa, kerana
dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makan kerana ku. Dan bagi orang yang
berpuasa ada dua macam kegembiraan: Pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika
dia bertemu dengan tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih
harum dari bau kasturi" ( Sahih Muslim 1118 )
Berpuasa adalah menahan diri dari keinginan yang halal iaitu
syahwat dan makan dan minum. Keduanya diperbolehkan di waktu yang lain tetapi
diharamkan ketika berpuasa kerana kita diwajibkan berpuasa. Selain itu bersabar
dengan menahan diri ketika marah dihina atau dipukul orang, memarahi atau
menghina orang dan lebih haram lagi apabila mengumpat orang. Perkara ini tidak
diperbolehkan ketika berpuasa sebagaimana dijelaskan dari hadis yang pertama.
Jika ada yang cuba mengusik maka katakan aku puasa.
Puasa mengandungi berbagai hikmat. Nafsu syahwat mestilah hanya
kepada yang halal tetapi kadang kala nafsu akan cuba mengajak kepada yang
buruk. Kita mempunyai musuh yang lain iaitu syaitan dan syaitan akan terus
menerus cuba menghasut nafsu untuk menuntut kita melakukan keburukan. Di bulan
puasa, syaitan dirantai dan hanya nafsu sahaja. Ketika ini nafsu tidak ada
pecacai tukang karut. Ini adalah satu rahmat bagi kita untuk menekan nafsu
kita. Di siang hari, kita menahan nafsu kita dengan berlapar. Yang bermain difikiran
adalah perut yang lapar. Kita tidak akan disibukkan kepada perkara yang lain
kerana kita lapar. Apabila keinginan nafsu syahwat ada tetapi tidak dapat
disalurkan kerana lapar. Oleh itu kita boleh mendidik diri kita dari melihat yang
haram, bersabar dari kemarahan yang melulu, dan sebagainya. Ini adalah rahmat
puasa. Selain itu berat badan boleh diturunkan dan boleh meningkatkan imuniti
tubuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan