Jumaat, 17 Ogos 2012

Kesedihan Meninggalkan Ramadhan ::.


Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang berbahagia,
Kita telah pun memasuki hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Kini kedatangan 1 Syawal semakin dirasakan. Setentunya kita selaku umat Islam merasa gembira dengan kedatangannya, tetapi kita merasa kesedihan untuk meninggalkan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan ini. Tidak dapat dinafikan sebahagian besar di antara kita telah pun membuat persiapan-persiapan untuk menyambut kedatangan ‘Aidilfitri’ yang mulia, antaranya keperluan-keperluan rumah, pakaian, makanan dan minuman. Semua ini adalah semata-mata untuk meraikan hari raya agar sentiasa dalam suasana kegembiraan.

Sememangnya agama Islam tidak menghalang kita dari membuat segala macam persiapan asalkan ianya tidak bertentangan dengan lunas-lunas ajaran agama Islam. Apa yang penting diamalkan ialah sifat kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan sehingga membawa kepada pembaziran yang bertentangan dengan latihan rohani yang telah kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Kerana sifat pembaziran itu adalah perbuatan syaitan sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala :-

Tafsirnya :
Dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada tuhanNya’. (Surah Al-Israa : 26 dan 27).

Ahli Jumaat sekalian,
Dalam kesibukan kita membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Syawal, perlulah juga kita ingat agar jangan sampai kita terlupa kewajipan yang perlu kita laksanakan iaitu membayar zakat khususnya ‘Zakat Fitrah’. Kewajipan ‘Zakat Fitrah’ itu adalah merupakan pelengkap ibadat 
mengerjakan ibadat puasa. Bahkan juga sebagai penghubung yang boleh menghapuskan jurang perbezaan di antara si kaya dengan si miskin. Selain daripada kewajipan zakat fitrah kita juga diwajibkan untuk mengeluarkan zakat harta kekayaan iaitu yang dihasilkan melalui perniagaan, penternakan dan lain-lain lagi yang diwajibkan mengikut hukum syara’, kerana dari harta-harta yang terkumpul itu dikhuatiri terdapat hak golongan-golongan yang dinyatakan dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Taubat, ayat 60 :-

Tafsirnya :
Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir yang keputusan dalam perjalanan. Ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datang dari Allah, dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Dalam kemeriahan kita menyambut ketibaan hari raya, kita juga jangan lupa kepada mereka yang telah pun meninggalkan kita iaitu meninggal dunia. Kelaziman yang kita lakukan di negara kita ialah menziarahi kubur, lebih-lebih lagi ketika berada di bulan Ramadhan. Kenapakah kita dianjur menziarahi kubur? Antara lain ialah supaya kita sentiasa ingat kepada mati dan sentiasa insaf dan sedar agar tidak terlalai daripada mengingati Allah Subhanahu Wataala dan hanya mengejar kesenangan dan kemewahan hidup di dunia.

Perlu diingat dalam kita menziarahi kubur itu, kita hendaklah mematuhi adab-adab yang telah digariskan oleh agama Islam, antaranya ialah sebelum ke kubur, kita hendaklah berwudhu, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Apabila sampai di tanah perkuburan, kita disunatkan memberi salam kepada ahli kubur, yang berbunyi : “Assalamualaikum Ya Ahlal-Kubur’ ataupun “Assalamualaikum Ya Ahlad-Diyar” dan setelah itu sunat bagi kita membacakan kepada ahli kubur seperti surah Al-Fatihah, surah Yaasin dan bertahlil dan sebagainya dan doakanlah semoga roh-roh mereka agar dicucuri rahmat dan mendapat pengampunan dari Allah Subhanahu Wataala. Dan semasa berada di tanah perkuburan kita dilarang membuat kekotoran, sebaliknya kita hendaklah menjaga kebersihan kawasan perkuburan.
Wahai kaum muslimin,
Semasa kita masih lagi berada di bulan Ramadhan ini, marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatkan ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan mematuhi segala adab dan peraturan dalam kita mengerjakan ibadat tersebut agar kita dapat merasa betapa kenikmatan berpuasa dan berhari raya itu.

Janganlah disia-siakan masa yang hanya tinggal sedikit ini dan janganlah beranggapan bahawa kita masih berpeluang melakukannya di bulan Ramadhan akan datang kerana kita tidak tahu bilakah ajal akan menemui kita. 

Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-A’raaf, ayat 34 :

Tafsirnya :
Apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa, ayat 78 :-

Tafsirnya :
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal). Sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.







Khamis, 16 Ogos 2012

Aktiviti Sepanjang Ihya' Ramadhan


Awal Ramadan, diadakan majlis bacaan Yasin seluruh warga sekolah....memohon dan mengharapkan keberkatan Allah mengiringi kami sepanjang masa.


Terima kasih Pentadbir SMKI.  Amat perihatin



Tadarus guru perempuan setiap hari di surau SMKI. Terima kasih pentadbir Pn Hjh Atikah yg sentiasa komitmen dengan program kami. Tq guru2..


Tadarus pelajar di surau SMKI. Ustazah Sabariah begitu sabar mendidik pelajar...thanks


Sokongan Tn Pengetua amat kami hargai..


Pertengahan Ramadan bersama penceramah Al Fadhil Ustaz Zawawi.......pelajar khusyuk mendengar untaian ilmu jambatan ke syurga.


Tabung Ramadan setiap hari Ahad & Khamis melebarkan sayap pahala guru dan pelajar..

Majlis khatam Al Quran penuh berinformasi bersama Ustaz Mohd Shukri..


Kerjasama rakan setugas amat bermakna buat kami. tq buat semua guru yang sukarela..


Terima kasih diatas sumbangan bacaan Al Quran yang di niatkan untuk semua warga SMKI, harapannya kita semua dalam renungan kasih Allah.


Majlis Memuliakan Asnaf SMKI penutup program Ihya' Ramadhan 2011/1433 H..Pelajar mendapat infak yang sewajarnya sekadar kemampuan kami yg lemah ini. Harap tahun hadapan banyak lagi pengisian ilmu yg dapat kita kongsi bersama.Terima kasih kepada Pentadbir, guru yg menyumbang,guru2 dan pelajar. Semoga tautan silaturrahim antara kami berpanjangan dalam maghfirahMu. Amin.






Selasa, 14 Ogos 2012

Semoga kita tergolong dikalangan orang bertaqwa







Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!Itulah malam Lailatul Qadar. 

Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W men
gasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A. Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Tips

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.- Artikel iluvislam.com







Dikesempatan ini banyakkanlah kita mohon ampun, semua manusia tiada yang terlepas dari dosa sama ada kecil atau besar, kerana itu ujian Allah kepada kita hambanya.....bukanlah ukuran dosa kita sebesar mana ujian kita sebaliknya menguji  tahap keimanan kita. Takutnya kita semua ya Allah untuk berdepan  dengan alam ghaib Mu kelak kemudian hari. Ya Rabb pimpinlah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur, tetapkanlah ibadat kami, muliakanlah akhlak kami semulia idola kami junjunganMu Rasulullah SAW. Alangkah indahnya menjadi mukmin bertaqwa....











Isnin, 6 Ogos 2012

Dua kegembiraan orang berpuasa




Dari Abu Hurairah r.a, katanya, Rasululluh saw telah bersabda :
" Allah azzawajjalla berfirman :"Setiap amal anak adam teruntuk baginya kecuali puasa, puasa itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu puasa, janganlah kamu rosak puasamu dengan segama, dan jangan menghina orang. Apabila kamu dihina atau dipukul orang. Katakanlah
"aku puasa ". Demi Allah yang jiwa muhammad di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui tuhannya ( meninggal ) dia gembira dengan puasanya " ( Sahih Muslim 1117 )

Di hadis yang lain'
Dari Abu Hurairah r.a, katanya , Rasulullah saw bersabbda:
"Setiap amal anak adam dilipatgandakan pahalanya. Satu macam kebaikkan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali ( gandaan ). Allah azzawajalla berfirman " Selain puasa kerana puasa itu untukkku. Aku akan beri pahala bagi orang yang puasa, kerana dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makan kerana ku. Dan bagi orang yang berpuasa ada dua macam kegembiraan: Pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau kasturi" ( Sahih Muslim 1118 )

Berpuasa adalah menahan diri dari keinginan yang halal iaitu syahwat dan makan dan minum. Keduanya diperbolehkan di waktu yang lain tetapi diharamkan ketika berpuasa kerana kita diwajibkan berpuasa. Selain itu bersabar dengan menahan diri ketika marah dihina atau dipukul orang, memarahi atau menghina orang dan lebih haram lagi apabila mengumpat orang. Perkara ini tidak diperbolehkan ketika berpuasa sebagaimana dijelaskan dari hadis yang pertama. Jika ada yang cuba mengusik  maka katakan aku puasa.
Puasa mengandungi berbagai hikmat. Nafsu syahwat mestilah hanya kepada yang halal tetapi kadang kala nafsu akan cuba mengajak kepada yang buruk. Kita mempunyai musuh yang lain iaitu syaitan dan syaitan akan terus menerus cuba menghasut nafsu untuk menuntut kita melakukan keburukan. Di bulan puasa, syaitan dirantai dan hanya nafsu sahaja. Ketika ini nafsu tidak ada pecacai tukang karut. Ini adalah satu rahmat bagi kita untuk menekan nafsu kita. Di siang hari, kita menahan nafsu kita dengan berlapar. Yang bermain difikiran adalah perut yang lapar. Kita tidak akan disibukkan kepada perkara yang lain kerana kita lapar. Apabila keinginan nafsu syahwat ada tetapi tidak dapat disalurkan kerana lapar. Oleh itu kita boleh mendidik diri kita dari melihat yang haram, bersabar dari kemarahan yang melulu, dan sebagainya. Ini adalah rahmat puasa. Selain itu berat badan boleh diturunkan dan boleh meningkatkan imuniti tubuh. 

Sabtu, 4 Ogos 2012

Kelebihan Membaca Al Quran

1. Sumber syafaat di hari akhirat
Sabda Rasulullah: "Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya"

2. Sebaik-baik amalan
Osman b Affan meriwayatkan "Sebaik-baik manusia diantara kamu yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain."


3. Diberi kemuliaan dan diberi ganjaran dua pahala bagi yang tidak mahir
Rasulullah bersabda"Orang (mukmin) yang mahir membaca Al Quran , maka kedudukannya diakhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Al Quran sedangkan ia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia berhak mendapat dua pahala". 


4. Keharuman jiwa
Rasulullah menyatakan"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al- Quran adalah seperti bunga utrujjah,(ada mengatakan seperti epal,dan lemon) baunya harum dan lazat rasanya, orang Mukmin yang tak suka membaca Al Quran adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum tapi manis rasanya, orang munafik yang membaca Al Quran ibarat buah raihanah iaitu buah berbau harum tetapi pahit rasanya, dan orang munafik yang tidak membaca Al Quran tidak ubah seperti buah hanzalah (peria) tidak berbau dan pahit sekali  rasanya


5. Memberikan ketenangan
Al Bara' b Azib meriwayatkan"Seorang lelaki sedang membaca surah al-kahfi dan bersamanya seekor kuda yang terikat dengan tali yang panjang. Tiba-tiba kepulan awan datang menutupi kuda dan berputar di sekitar kudanya, keadaan ini membuatkan kudanya lari. Apabila tiba waktu pagi beliau datang menemui Nabi lalu baginda bersabda :Itulah ketenangan yang diturunkan bersama Al Quran".


6. Setiap satu huruf bacaan akan dikurniakan pahala
Rasulullah bersabda"Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al Quran) maka baginya satu kebaikan itu dilipatgandakan dengan 10 (pahala). Aku tidak mengatakan" Alif Laam Mim" adalah satu huruf,akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu dan Mim satu huruf."


7. Memberi cahaya di dalam rumah
Rasulullah bersabda"Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumahtangga mu dengan sembahyang dan dengan membaca Al Quran."


Jom sama-samalah kita membacanya disekolah, dirumah dan dimana-mana tempat, janjinya baca Al Quran.....peringatan ini khusus untuk diri sendiri,keluarga, rakan taulan dan bakal generasi yang dikasihi para pelajar.Amin.......