Selasa, 2 Oktober 2012

Bersihkan Hati, Tenangkan Jiwa, Sebarkan Maaf


KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.


Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134).

Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah.

Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan.

Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal. Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Maka, jangan sesekali ada terpahat di hati kita ungkapan... ".... aku ni susah sikit nak maafkan orang..." Buangkan ungkapan itu jauh-jauh. Tanamkan sifat pemaaf dalam diri.

Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat.

Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah. Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan. Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Sebaikmya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan oleh orang alim agar kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa semoga orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita. Insyaallah. Kerana sesungguh kesalahan dengan Allah itu lebih mudah untuk kita memohon keampunan kerana memang sifat Allah Maha Pengampun tetapi kesalahan sesama manusia susah untuk di selesaikan... tetapi jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini... sama-sama kita amalkan InsyaAllah.

Ahad, 30 September 2012

CCTV ALLAH


RENUNGAN: Allah Sentiasa Menerima Doa


Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasabetapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo`alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu"
Mungkin akan ada yang bertanya: "Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do`a sesiapa yang berdo`a kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdo`a tetapi kesan do`anya tidak dapat dilihat secara zahir?". Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do`a) bukanlah bererti semestinya setiap do`a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do`a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga caraseperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah:

Maksudnya:
"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."

Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)

Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do`a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolakakan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;

Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantasKadang-kalanya dilewatdisebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia.
Lihatlah seorang wanita dari Algeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seleuruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah!!!. Demikian kiranya do`a dimakbulkan.

Ahad, 23 September 2012

Larikan diri dari sifat mazmumah

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Sabtu, 22 September 2012

kek kejayaan


Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha

100 gm Kesabaran

100 gm Keimanan

190 gm Keinsafan

150 gm Pengorbanan

150 gm Campuran akhlak mulia 

( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)

8 sudu the rasa tanggungjawab


200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Jumaat, 21 September 2012

Allah Sentiasa Ada di sisi


Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Akhir-akhir ini terasa sempit sungguh hidup. Terasa banyak dugaan yang menimpa. Alhamdulillah, tak rase kosong, malah masih merasai ketenangan. 

"Allah kan ada."
 Itulah peringatan untuk diri sendiri. 

"La, kenapa nak sedih lebih-lebih, ce citer kat Allah, Dia kan Maha Mendengar, lepas cerita, hati rasa lega." Ungkapan hati sendiri. 

"Allah sayangkan awak, that's why dia menduga, kan bila di duga pasti awak ingatkan Allah kan.". 

"Alhamdulillah, kalau Allah tak duga, mesti jarang kan nangis depan Allah, bukan senang tau nak nangis depan Allah." 
Begitulah kata-kata hati yang sentiasa menjadi penguat untuk diri sendiri, kata-kata hati yang lahir dari kekuasaan Allah yang mendidik hati ini.

Sahabat-sahabiah yang dimuliakan.

Dalam perjalanan hidup di bumi Allah, sudah menjadi syarat bagi Allah untuk meletakkan dugaan pada hamba-hambaNya. Lagi Dia sayang, lagi banyak dan besar dugaan dariNya. Tetapi orang-orang yang beriman yang sentiasa tenang di sisi Allah, mereka tidak rasa terbeban dengan dugaan yang menimpa malah mereka bersyukur kerana dia menjadi perhatian Allah. 


Bila di timpa masalah, dia tidak sibuk mencari manusia untuk di kongsinya masalah tapi mereka bergegas mencari Allah sama ada dalam solat sunat mahu pun wajib, menenangkan jiwa dengan zikir dan bacaan al-Quran ataupun lebih banyak memberi kepada insan yang lebih memerlukan kerana menggembirakan insan lain itu suatu nikmat ketenangan dan kegembiraan buatnya. 

Sahabat-sahabiah yang dikasihi,
Sedang kita di duga, kadang-kadang kita tidak dapat menahan amarah, tidak dapat menahan diri untuk terus bersabar, maka istighfarlah. Kalau sekali tidak mampu menenangkan jiwa, maka istighfar 10 kali, kalau masih juga tidak tenang, maka ucapkan lah 100 kali. Terus-terusan beristighfar dengan izin Allah yang Maha mendengar lagi Maha Pengampun, hati kita akan tenang, kalau tak percaya, ce try gak buat. 



Sahabat-sahabiah yang dirahmati,
Allah menilai setiap apa yang kita lakukan, kita bersabar, bukanlah sia-sia walaupun Allah yang memberikan kita kesabaran. Pernah tak sahabat merasa sahabat sedang bersabar dan sentiasa bersabar walaupun hakikat tidak mampu lagi bersabar.

 Contohnya Allah menduga kalian dengan kegagalan dalam akademik dan kalian bersabar. Di duga lagi dengan kegagalan lagi, dan kalian masih bersabar hinggalah di duga berulang kali hingga kalian menangis teresak-esak demi hanya ingin terus bersabar kerana yakin dengan Allah bahawa Dia ada di sisi dan DIA pasti memberi sesuatu yang indah kepada kalian. Lalu kalian bersabar dan kemudian Allah menghadiahkan sesuatu yang tidak disangka-sangka buat kalian lalu kalian sangat gembira dan bersyukur. Pernahkah??

Pada saya, Allah amat berkuasa, sedang saya berusaha mendapatkan sesuatu, tapi bersedih kerana kerap kalinya gagal, lalu Allah hadiahkan keinginan saya tanpa sekelumit pun susah. "Kun faya kun". Jadilah, maka jadilah ia. Sungguh Allah amat berkuasa.


So, bersyukurlah kerana Allah ada di sisi kita. Maka, janganlah bersedih. Wallahua'lam.

Gapaian Syurga

Sesiapa yg ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kpd diri, iaitu dgn mengurangkan tidur, menurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada2 dgn rezeki yg ada.
2. Hak kpd Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yg tertinggal, iaitu dgn memohon maaf drp org yg dizalimi, membuat persiapan utk mati dan merasa cinta kpd Allah S.W.T.
3. Hak kpd kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jgn suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kpd Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jgn berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kpd Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakan berzikir, ikhlas dlm amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kpd titian sirat, iaitu buang tabiat suka menumpat, bantu orang beriman dan hidup dlm suasana berjemaah.
7. Hak kpd Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan Allah S.W.T. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kpd ibu bapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kpd Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kpd qada’ Allah S.W.T. , sabar menerima bala dan bertaubat.
9. Hak kpd Rasulullah s.a.w., iaitu dgn sering berselawat kpd baginda, berpegang kpd sunahnya dan bersaing mencari kelebihan dlm beribadah.
10. Hak kpd Allah, iaitu mengajak manusia kpd kebaikan, mencegah manusia drp melakukan kemungkaran, bencikan kpd sebarang maksiat dan tdk melakukan kejahatan.

“Hendaklah org2 yg mendengar ucapanku, menyampaikan pula kpd org lain. Semoga yg terakhir lbh memahami kata2ku drp mereka yg terus mendengar darku. Saksikanlah ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kpd hamba2-Mu”

Ù„َّÙ‡ُــــــــمّےصَــــــلٌÛ’ علَÛ’َ سيـــدنـــا Ù…ُـכـــمَّــــــدْ
♥ ... وعلَÛ’َ اّلـﮧ وصَـכــبـﮧ Ùˆ سَÙ„ّـــــمّÛ’

sombong sifat mazmumah


Bukankah Allah tidak suka pada orang yang sombong?
Firman Allah SWT;Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu)” (QS. Al-'Araf: 146)

Syurga impian kita

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabtu, 8 September 2012

Kata-kata Hikmah Jadikan panduan


1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Menjelang Peperiksaan Pelajar PMR dan SPM


Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji 

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga 

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan 
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Selasa, 4 September 2012

tukar nama

nama apa ya ganti ihya' ramadhan

Basah lidah dengan ampunan Allah


Selamat Menyambut Hari raya Aidilfitri

Lama betul tak menulis, bukan lupa tapi adala kekangan masa, saya suka menulis dan melakarkan idea walaupun idea saya tak bernas tapi saya suka juga mengetengahkannya. Bersesuaian dengan bulan syawal  yang mulia ini, saya nak juga ambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat semua, maklumlah kita hamba Allah yang serba kekurangan, banyak dosa dan kesalahan yang saya sering buat. Terutamanya dalam mengajar anak didik saya, rasa nak marah bila mereka tak tahu,malas hadir kesekolah dan suka menyampuk...semua itu saya telan sorang2. Sebenarnya saya ingin dan nak sangat2 mereka tahu pentingnya berilmu untuk menelusuri seluruh hidup mereka, tanpa ilmu tiada guna dunia dan akhirat. Ikhlas saya mendidik mereka memahami tajuk demi tajuk, tapi entahlah agaknya saya syok sendiri andaikan mereka walhal mereka tak faham, tapi ada pelajar secara langsung beritahu saya "ustazah kalau tak masuk kelas tak boleh ke:" betapa mereka .........saya lagi tak hirau. Kalaulah mereka tahu apa yang ada dihati kita dan boleh selami jiwa kita mereka akan bersungguh2, kita telah lalui masa itu dengan jayanya dan kalau boleh mereka pulak yang berjaya melaluinya. Hari Raya baru ni ada saya buat kenduri sedikit, saya bersyukur ramai yang saya undang datang...Alhamdulillah tercapai hajat kami.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Kesedihan Meninggalkan Ramadhan ::.


Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang berbahagia,
Kita telah pun memasuki hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Kini kedatangan 1 Syawal semakin dirasakan. Setentunya kita selaku umat Islam merasa gembira dengan kedatangannya, tetapi kita merasa kesedihan untuk meninggalkan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan ini. Tidak dapat dinafikan sebahagian besar di antara kita telah pun membuat persiapan-persiapan untuk menyambut kedatangan ‘Aidilfitri’ yang mulia, antaranya keperluan-keperluan rumah, pakaian, makanan dan minuman. Semua ini adalah semata-mata untuk meraikan hari raya agar sentiasa dalam suasana kegembiraan.

Sememangnya agama Islam tidak menghalang kita dari membuat segala macam persiapan asalkan ianya tidak bertentangan dengan lunas-lunas ajaran agama Islam. Apa yang penting diamalkan ialah sifat kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan sehingga membawa kepada pembaziran yang bertentangan dengan latihan rohani yang telah kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Kerana sifat pembaziran itu adalah perbuatan syaitan sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala :-

Tafsirnya :
Dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada tuhanNya’. (Surah Al-Israa : 26 dan 27).

Ahli Jumaat sekalian,
Dalam kesibukan kita membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Syawal, perlulah juga kita ingat agar jangan sampai kita terlupa kewajipan yang perlu kita laksanakan iaitu membayar zakat khususnya ‘Zakat Fitrah’. Kewajipan ‘Zakat Fitrah’ itu adalah merupakan pelengkap ibadat 
mengerjakan ibadat puasa. Bahkan juga sebagai penghubung yang boleh menghapuskan jurang perbezaan di antara si kaya dengan si miskin. Selain daripada kewajipan zakat fitrah kita juga diwajibkan untuk mengeluarkan zakat harta kekayaan iaitu yang dihasilkan melalui perniagaan, penternakan dan lain-lain lagi yang diwajibkan mengikut hukum syara’, kerana dari harta-harta yang terkumpul itu dikhuatiri terdapat hak golongan-golongan yang dinyatakan dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Taubat, ayat 60 :-

Tafsirnya :
Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir yang keputusan dalam perjalanan. Ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datang dari Allah, dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Dalam kemeriahan kita menyambut ketibaan hari raya, kita juga jangan lupa kepada mereka yang telah pun meninggalkan kita iaitu meninggal dunia. Kelaziman yang kita lakukan di negara kita ialah menziarahi kubur, lebih-lebih lagi ketika berada di bulan Ramadhan. Kenapakah kita dianjur menziarahi kubur? Antara lain ialah supaya kita sentiasa ingat kepada mati dan sentiasa insaf dan sedar agar tidak terlalai daripada mengingati Allah Subhanahu Wataala dan hanya mengejar kesenangan dan kemewahan hidup di dunia.

Perlu diingat dalam kita menziarahi kubur itu, kita hendaklah mematuhi adab-adab yang telah digariskan oleh agama Islam, antaranya ialah sebelum ke kubur, kita hendaklah berwudhu, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Apabila sampai di tanah perkuburan, kita disunatkan memberi salam kepada ahli kubur, yang berbunyi : “Assalamualaikum Ya Ahlal-Kubur’ ataupun “Assalamualaikum Ya Ahlad-Diyar” dan setelah itu sunat bagi kita membacakan kepada ahli kubur seperti surah Al-Fatihah, surah Yaasin dan bertahlil dan sebagainya dan doakanlah semoga roh-roh mereka agar dicucuri rahmat dan mendapat pengampunan dari Allah Subhanahu Wataala. Dan semasa berada di tanah perkuburan kita dilarang membuat kekotoran, sebaliknya kita hendaklah menjaga kebersihan kawasan perkuburan.
Wahai kaum muslimin,
Semasa kita masih lagi berada di bulan Ramadhan ini, marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatkan ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan mematuhi segala adab dan peraturan dalam kita mengerjakan ibadat tersebut agar kita dapat merasa betapa kenikmatan berpuasa dan berhari raya itu.

Janganlah disia-siakan masa yang hanya tinggal sedikit ini dan janganlah beranggapan bahawa kita masih berpeluang melakukannya di bulan Ramadhan akan datang kerana kita tidak tahu bilakah ajal akan menemui kita. 

Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-A’raaf, ayat 34 :

Tafsirnya :
Apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa, ayat 78 :-

Tafsirnya :
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal). Sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.







Khamis, 16 Ogos 2012

Aktiviti Sepanjang Ihya' Ramadhan


Awal Ramadan, diadakan majlis bacaan Yasin seluruh warga sekolah....memohon dan mengharapkan keberkatan Allah mengiringi kami sepanjang masa.


Terima kasih Pentadbir SMKI.  Amat perihatin



Tadarus guru perempuan setiap hari di surau SMKI. Terima kasih pentadbir Pn Hjh Atikah yg sentiasa komitmen dengan program kami. Tq guru2..


Tadarus pelajar di surau SMKI. Ustazah Sabariah begitu sabar mendidik pelajar...thanks


Sokongan Tn Pengetua amat kami hargai..


Pertengahan Ramadan bersama penceramah Al Fadhil Ustaz Zawawi.......pelajar khusyuk mendengar untaian ilmu jambatan ke syurga.


Tabung Ramadan setiap hari Ahad & Khamis melebarkan sayap pahala guru dan pelajar..

Majlis khatam Al Quran penuh berinformasi bersama Ustaz Mohd Shukri..


Kerjasama rakan setugas amat bermakna buat kami. tq buat semua guru yang sukarela..


Terima kasih diatas sumbangan bacaan Al Quran yang di niatkan untuk semua warga SMKI, harapannya kita semua dalam renungan kasih Allah.


Majlis Memuliakan Asnaf SMKI penutup program Ihya' Ramadhan 2011/1433 H..Pelajar mendapat infak yang sewajarnya sekadar kemampuan kami yg lemah ini. Harap tahun hadapan banyak lagi pengisian ilmu yg dapat kita kongsi bersama.Terima kasih kepada Pentadbir, guru yg menyumbang,guru2 dan pelajar. Semoga tautan silaturrahim antara kami berpanjangan dalam maghfirahMu. Amin.






Selasa, 14 Ogos 2012

Semoga kita tergolong dikalangan orang bertaqwa







Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!Itulah malam Lailatul Qadar. 

Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W men
gasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A. Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Tips

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.- Artikel iluvislam.com







Dikesempatan ini banyakkanlah kita mohon ampun, semua manusia tiada yang terlepas dari dosa sama ada kecil atau besar, kerana itu ujian Allah kepada kita hambanya.....bukanlah ukuran dosa kita sebesar mana ujian kita sebaliknya menguji  tahap keimanan kita. Takutnya kita semua ya Allah untuk berdepan  dengan alam ghaib Mu kelak kemudian hari. Ya Rabb pimpinlah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur, tetapkanlah ibadat kami, muliakanlah akhlak kami semulia idola kami junjunganMu Rasulullah SAW. Alangkah indahnya menjadi mukmin bertaqwa....











Isnin, 6 Ogos 2012

Dua kegembiraan orang berpuasa




Dari Abu Hurairah r.a, katanya, Rasululluh saw telah bersabda :
" Allah azzawajjalla berfirman :"Setiap amal anak adam teruntuk baginya kecuali puasa, puasa itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu puasa, janganlah kamu rosak puasamu dengan segama, dan jangan menghina orang. Apabila kamu dihina atau dipukul orang. Katakanlah
"aku puasa ". Demi Allah yang jiwa muhammad di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui tuhannya ( meninggal ) dia gembira dengan puasanya " ( Sahih Muslim 1117 )

Di hadis yang lain'
Dari Abu Hurairah r.a, katanya , Rasulullah saw bersabbda:
"Setiap amal anak adam dilipatgandakan pahalanya. Satu macam kebaikkan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali ( gandaan ). Allah azzawajalla berfirman " Selain puasa kerana puasa itu untukkku. Aku akan beri pahala bagi orang yang puasa, kerana dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makan kerana ku. Dan bagi orang yang berpuasa ada dua macam kegembiraan: Pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau kasturi" ( Sahih Muslim 1118 )

Berpuasa adalah menahan diri dari keinginan yang halal iaitu syahwat dan makan dan minum. Keduanya diperbolehkan di waktu yang lain tetapi diharamkan ketika berpuasa kerana kita diwajibkan berpuasa. Selain itu bersabar dengan menahan diri ketika marah dihina atau dipukul orang, memarahi atau menghina orang dan lebih haram lagi apabila mengumpat orang. Perkara ini tidak diperbolehkan ketika berpuasa sebagaimana dijelaskan dari hadis yang pertama. Jika ada yang cuba mengusik  maka katakan aku puasa.
Puasa mengandungi berbagai hikmat. Nafsu syahwat mestilah hanya kepada yang halal tetapi kadang kala nafsu akan cuba mengajak kepada yang buruk. Kita mempunyai musuh yang lain iaitu syaitan dan syaitan akan terus menerus cuba menghasut nafsu untuk menuntut kita melakukan keburukan. Di bulan puasa, syaitan dirantai dan hanya nafsu sahaja. Ketika ini nafsu tidak ada pecacai tukang karut. Ini adalah satu rahmat bagi kita untuk menekan nafsu kita. Di siang hari, kita menahan nafsu kita dengan berlapar. Yang bermain difikiran adalah perut yang lapar. Kita tidak akan disibukkan kepada perkara yang lain kerana kita lapar. Apabila keinginan nafsu syahwat ada tetapi tidak dapat disalurkan kerana lapar. Oleh itu kita boleh mendidik diri kita dari melihat yang haram, bersabar dari kemarahan yang melulu, dan sebagainya. Ini adalah rahmat puasa. Selain itu berat badan boleh diturunkan dan boleh meningkatkan imuniti tubuh.