Ahad, 30 September 2012

CCTV ALLAH


RENUNGAN: Allah Sentiasa Menerima Doa


Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasabetapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo`alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu"
Mungkin akan ada yang bertanya: "Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do`a sesiapa yang berdo`a kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdo`a tetapi kesan do`anya tidak dapat dilihat secara zahir?". Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do`a) bukanlah bererti semestinya setiap do`a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do`a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga caraseperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah:

Maksudnya:
"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."

Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)

Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do`a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolakakan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;

Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewatdisebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia.
Lihatlah seorang wanita dari Algeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seleuruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah!!!. Demikian kiranya do`a dimakbulkan.

Ahad, 23 September 2012

Larikan diri dari sifat mazmumah

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Sabtu, 22 September 2012

kek kejayaan


Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha

100 gm Kesabaran

100 gm Keimanan

190 gm Keinsafan

150 gm Pengorbanan

150 gm Campuran akhlak mulia 

( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)

8 sudu the rasa tanggungjawab


200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Jumaat, 21 September 2012

Allah Sentiasa Ada di sisi


Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Akhir-akhir ini terasa sempit sungguh hidup. Terasa banyak dugaan yang menimpa. Alhamdulillah, tak rase kosong, malah masih merasai ketenangan. 

"Allah kan ada."
 Itulah peringatan untuk diri sendiri. 

"La, kenapa nak sedih lebih-lebih, ce citer kat Allah, Dia kan Maha Mendengar, lepas cerita, hati rasa lega." Ungkapan hati sendiri. 

"Allah sayangkan awak, that's why dia menduga, kan bila di duga pasti awak ingatkan Allah kan.". 

"Alhamdulillah, kalau Allah tak duga, mesti jarang kan nangis depan Allah, bukan senang tau nak nangis depan Allah." 
Begitulah kata-kata hati yang sentiasa menjadi penguat untuk diri sendiri, kata-kata hati yang lahir dari kekuasaan Allah yang mendidik hati ini.

Sahabat-sahabiah yang dimuliakan.

Dalam perjalanan hidup di bumi Allah, sudah menjadi syarat bagi Allah untuk meletakkan dugaan pada hamba-hambaNya. Lagi Dia sayang, lagi banyak dan besar dugaan dariNya. Tetapi orang-orang yang beriman yang sentiasa tenang di sisi Allah, mereka tidak rasa terbeban dengan dugaan yang menimpa malah mereka bersyukur kerana dia menjadi perhatian Allah. 


Bila di timpa masalah, dia tidak sibuk mencari manusia untuk di kongsinya masalah tapi mereka bergegas mencari Allah sama ada dalam solat sunat mahu pun wajib, menenangkan jiwa dengan zikir dan bacaan al-Quran ataupun lebih banyak memberi kepada insan yang lebih memerlukan kerana menggembirakan insan lain itu suatu nikmat ketenangan dan kegembiraan buatnya. 

Sahabat-sahabiah yang dikasihi,
Sedang kita di duga, kadang-kadang kita tidak dapat menahan amarah, tidak dapat menahan diri untuk terus bersabar, maka istighfarlah. Kalau sekali tidak mampu menenangkan jiwa, maka istighfar 10 kali, kalau masih juga tidak tenang, maka ucapkan lah 100 kali. Terus-terusan beristighfar dengan izin Allah yang Maha mendengar lagi Maha Pengampun, hati kita akan tenang, kalau tak percaya, ce try gak buat. 



Sahabat-sahabiah yang dirahmati,
Allah menilai setiap apa yang kita lakukan, kita bersabar, bukanlah sia-sia walaupun Allah yang memberikan kita kesabaran. Pernah tak sahabat merasa sahabat sedang bersabar dan sentiasa bersabar walaupun hakikat tidak mampu lagi bersabar.

 Contohnya Allah menduga kalian dengan kegagalan dalam akademik dan kalian bersabar. Di duga lagi dengan kegagalan lagi, dan kalian masih bersabar hinggalah di duga berulang kali hingga kalian menangis teresak-esak demi hanya ingin terus bersabar kerana yakin dengan Allah bahawa Dia ada di sisi dan DIA pasti memberi sesuatu yang indah kepada kalian. Lalu kalian bersabar dan kemudian Allah menghadiahkan sesuatu yang tidak disangka-sangka buat kalian lalu kalian sangat gembira dan bersyukur. Pernahkah??

Pada saya, Allah amat berkuasa, sedang saya berusaha mendapatkan sesuatu, tapi bersedih kerana kerap kalinya gagal, lalu Allah hadiahkan keinginan saya tanpa sekelumit pun susah. "Kun faya kun". Jadilah, maka jadilah ia. Sungguh Allah amat berkuasa.


So, bersyukurlah kerana Allah ada di sisi kita. Maka, janganlah bersedih. Wallahua'lam.

Gapaian Syurga

Sesiapa yg ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kpd diri, iaitu dgn mengurangkan tidur, menurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada2 dgn rezeki yg ada.
2. Hak kpd Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yg tertinggal, iaitu dgn memohon maaf drp org yg dizalimi, membuat persiapan utk mati dan merasa cinta kpd Allah S.W.T.
3. Hak kpd kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jgn suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kpd Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jgn berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kpd Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakan berzikir, ikhlas dlm amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kpd titian sirat, iaitu buang tabiat suka menumpat, bantu orang beriman dan hidup dlm suasana berjemaah.
7. Hak kpd Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan Allah S.W.T. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kpd ibu bapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kpd Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kpd qada’ Allah S.W.T. , sabar menerima bala dan bertaubat.
9. Hak kpd Rasulullah s.a.w., iaitu dgn sering berselawat kpd baginda, berpegang kpd sunahnya dan bersaing mencari kelebihan dlm beribadah.
10. Hak kpd Allah, iaitu mengajak manusia kpd kebaikan, mencegah manusia drp melakukan kemungkaran, bencikan kpd sebarang maksiat dan tdk melakukan kejahatan.

“Hendaklah org2 yg mendengar ucapanku, menyampaikan pula kpd org lain. Semoga yg terakhir lbh memahami kata2ku drp mereka yg terus mendengar darku. Saksikanlah ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kpd hamba2-Mu”

لَّهُــــــــمّےصَــــــلٌے علَےَ سيـــدنـــا مُـכـــمَّــــــدْ
♥ ... وعلَےَ اّلـﮧ وصَـכــبـﮧ و سَلّـــــمّے

sombong sifat mazmumah


Bukankah Allah tidak suka pada orang yang sombong?
Firman Allah SWT;Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu)” (QS. Al-'Araf: 146)

Syurga impian kita

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhari dan Muslim)