Jumaat, 21 September 2012

Syurga impian kita

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabtu, 8 September 2012

Kata-kata Hikmah Jadikan panduan


1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Menjelang Peperiksaan Pelajar PMR dan SPM


Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji 

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga 

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan 
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Selasa, 4 September 2012

tukar nama

nama apa ya ganti ihya' ramadhan

Basah lidah dengan ampunan Allah


Selamat Menyambut Hari raya Aidilfitri

Lama betul tak menulis, bukan lupa tapi adala kekangan masa, saya suka menulis dan melakarkan idea walaupun idea saya tak bernas tapi saya suka juga mengetengahkannya. Bersesuaian dengan bulan syawal  yang mulia ini, saya nak juga ambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat semua, maklumlah kita hamba Allah yang serba kekurangan, banyak dosa dan kesalahan yang saya sering buat. Terutamanya dalam mengajar anak didik saya, rasa nak marah bila mereka tak tahu,malas hadir kesekolah dan suka menyampuk...semua itu saya telan sorang2. Sebenarnya saya ingin dan nak sangat2 mereka tahu pentingnya berilmu untuk menelusuri seluruh hidup mereka, tanpa ilmu tiada guna dunia dan akhirat. Ikhlas saya mendidik mereka memahami tajuk demi tajuk, tapi entahlah agaknya saya syok sendiri andaikan mereka walhal mereka tak faham, tapi ada pelajar secara langsung beritahu saya "ustazah kalau tak masuk kelas tak boleh ke:" betapa mereka .........saya lagi tak hirau. Kalaulah mereka tahu apa yang ada dihati kita dan boleh selami jiwa kita mereka akan bersungguh2, kita telah lalui masa itu dengan jayanya dan kalau boleh mereka pulak yang berjaya melaluinya. Hari Raya baru ni ada saya buat kenduri sedikit, saya bersyukur ramai yang saya undang datang...Alhamdulillah tercapai hajat kami.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Kesedihan Meninggalkan Ramadhan ::.


Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang berbahagia,
Kita telah pun memasuki hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Kini kedatangan 1 Syawal semakin dirasakan. Setentunya kita selaku umat Islam merasa gembira dengan kedatangannya, tetapi kita merasa kesedihan untuk meninggalkan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan ini. Tidak dapat dinafikan sebahagian besar di antara kita telah pun membuat persiapan-persiapan untuk menyambut kedatangan ‘Aidilfitri’ yang mulia, antaranya keperluan-keperluan rumah, pakaian, makanan dan minuman. Semua ini adalah semata-mata untuk meraikan hari raya agar sentiasa dalam suasana kegembiraan.

Sememangnya agama Islam tidak menghalang kita dari membuat segala macam persiapan asalkan ianya tidak bertentangan dengan lunas-lunas ajaran agama Islam. Apa yang penting diamalkan ialah sifat kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan sehingga membawa kepada pembaziran yang bertentangan dengan latihan rohani yang telah kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Kerana sifat pembaziran itu adalah perbuatan syaitan sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala :-

Tafsirnya :
Dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada tuhanNya’. (Surah Al-Israa : 26 dan 27).

Ahli Jumaat sekalian,
Dalam kesibukan kita membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Syawal, perlulah juga kita ingat agar jangan sampai kita terlupa kewajipan yang perlu kita laksanakan iaitu membayar zakat khususnya ‘Zakat Fitrah’. Kewajipan ‘Zakat Fitrah’ itu adalah merupakan pelengkap ibadat 
mengerjakan ibadat puasa. Bahkan juga sebagai penghubung yang boleh menghapuskan jurang perbezaan di antara si kaya dengan si miskin. Selain daripada kewajipan zakat fitrah kita juga diwajibkan untuk mengeluarkan zakat harta kekayaan iaitu yang dihasilkan melalui perniagaan, penternakan dan lain-lain lagi yang diwajibkan mengikut hukum syara’, kerana dari harta-harta yang terkumpul itu dikhuatiri terdapat hak golongan-golongan yang dinyatakan dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Taubat, ayat 60 :-

Tafsirnya :
Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir yang keputusan dalam perjalanan. Ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datang dari Allah, dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Dalam kemeriahan kita menyambut ketibaan hari raya, kita juga jangan lupa kepada mereka yang telah pun meninggalkan kita iaitu meninggal dunia. Kelaziman yang kita lakukan di negara kita ialah menziarahi kubur, lebih-lebih lagi ketika berada di bulan Ramadhan. Kenapakah kita dianjur menziarahi kubur? Antara lain ialah supaya kita sentiasa ingat kepada mati dan sentiasa insaf dan sedar agar tidak terlalai daripada mengingati Allah Subhanahu Wataala dan hanya mengejar kesenangan dan kemewahan hidup di dunia.

Perlu diingat dalam kita menziarahi kubur itu, kita hendaklah mematuhi adab-adab yang telah digariskan oleh agama Islam, antaranya ialah sebelum ke kubur, kita hendaklah berwudhu, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Apabila sampai di tanah perkuburan, kita disunatkan memberi salam kepada ahli kubur, yang berbunyi : “Assalamualaikum Ya Ahlal-Kubur’ ataupun “Assalamualaikum Ya Ahlad-Diyar” dan setelah itu sunat bagi kita membacakan kepada ahli kubur seperti surah Al-Fatihah, surah Yaasin dan bertahlil dan sebagainya dan doakanlah semoga roh-roh mereka agar dicucuri rahmat dan mendapat pengampunan dari Allah Subhanahu Wataala. Dan semasa berada di tanah perkuburan kita dilarang membuat kekotoran, sebaliknya kita hendaklah menjaga kebersihan kawasan perkuburan.
Wahai kaum muslimin,
Semasa kita masih lagi berada di bulan Ramadhan ini, marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatkan ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan mematuhi segala adab dan peraturan dalam kita mengerjakan ibadat tersebut agar kita dapat merasa betapa kenikmatan berpuasa dan berhari raya itu.

Janganlah disia-siakan masa yang hanya tinggal sedikit ini dan janganlah beranggapan bahawa kita masih berpeluang melakukannya di bulan Ramadhan akan datang kerana kita tidak tahu bilakah ajal akan menemui kita. 

Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-A’raaf, ayat 34 :

Tafsirnya :
Apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa, ayat 78 :-

Tafsirnya :
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal). Sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.